fb fb fb fb fb

Thailand-China meterai perjanjian, pelepasan visa buat kedua-dua warganegara

Foto Reuters

BANGKOK, 28 Januari- Thailand dan China bersetuju pada Ahad untuk mengetepikan keperluan visa bagi warganegara masing-masing bagi memudahkan perjalanan dan pelancongan antara kedua-dua negara, yang sebelum ini terjejas akibat COVID-19.

Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-nukara dan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi menandatangani pengecualian visa bersama, yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2024, pada satu majlis selepas pertemuan di Bangkok.

"Era tanpa visa ini akan membawa pertukaran orang ke orang ke tahap baharu," kata Wang pada sidang akhbar bersama.

China merupakan sumber utama kepada industri pelancongan Thailand, selain pemacu utama ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara sebelum COVID, namun kehadiran pelancong China ke Thailand adalah perlahan.

"Akan ada peningkatan besar dalam jumlah pelancong China yang melawat Thailand," kata Wang.

Jumlah pelancong China ke Thailand menjunam kepada 3.5 juta pada tahun lepas berbanding 11 juta pada 2019 sebelum pandemik.

Beijing dan Bangkok juga berjanji untuk mempercepat pembinaan landasan kereta api China-Thailand dan bekerjasama dalam memerangi jenayah rentas negara.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM