fb fb fb fb fb

Thailand kesan 4 kes berpotensi subvarian Omicron BA.2.2

BANGKOK, 15 Mac- Thailand mengesan sekurang-kurangnya empat kes berpotensi subvarian COVID-19 Omicron BA.2.2. 

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr. Suakit Sirilak berkata, strain yang pertama kali dilaporkan di Hong Kong itu, ditemukan pada seorang warga asing dan tiga rakyat tempatan. 

Bagaimanapun, ia masih menunggu pengesahan lanjut. 

(Foto AFP)

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya bertenang kerana ia masih belum dianggap sebagai membimbangkan.

Semalam, Naib Pengerusi Suruhanjaya Kesihatan Awam, Dr. Chalermchai Boonyaleephan menggesa kerajaan untuk membuat saringan membabitkan ketibaan pengembara dari Britain dan Hong Kong di tengah-tengah kebimbangan terhadap Omicron BA.2.2. 

Pada masa ini, Omicron adalah strain yang dominan di Thailand, mewakili 99.6 peratus daripada semua kes COVID-19. - AFP

Media Baharu