BEIJING, 15 Mac- 17 juta penduduk di Shenzen kembali berdepan perintah berkurung susulan peningkatan jangkitan COVID-19 di seluruh wilayah itu.
Hab teknologi selatan Shenzhen mengarahkan semua penduduk supaya terus berada di rumah ketika bandar itu bergelut dengan serangan Omicron yang dikaitkan dengan jirannya, Hong Kong.
Menurut notis pihak berkuasa bandar, tiga pusingan ujian bakal dilaksana secara besar-besaran selepas kes jangkitan harian naik mendadak kepada 3,400 orang sehari.
Sebagai langkah awal, pihak berkuasa menutup pawagam serta menggantung pengangkutan awam sehingga 20 Mac.
(FOTO AFP)
Lonjakan jangkitan di seluruh China juga mendorong pihak berkuasa menutup sekolah di Shanghai dan melakukan sekatan ke atas beberapa bandar timur laut dengan 18 wilayah turut terjejas.
Shenzen yang mempunyai populasi pekerja asing yang ramai, berkongsi sempadan darat dengan Hong Kong. -AFP