fb fb fb fb fb

Pemberian dos penggalak perlahan, ancam gelombang baharu jangkitan

SYDNEY, 15 Mac- Pihak berkuasa Australia memberi amaran pemberian suntikan penggalak vaksin COVID-19 yang perlahan boleh mencetus gelombang jangkitan baharu.

Apatah lagi ketika ancaman subvarian BA.2.2 pantas menular bagi rantaian varian Omicron.

Australia sebelum ini bergelut dengan rekod kes dan kadar kemasukan ke hospital yang tinggi semasa gelombang awal Omicron, namun kembali stabil sejak enam minggu lalu.

Kebanyakan negeri kemudiannya melonggarkan peraturan penjarakan fizikal dan menarik balik penggunaan pelitup muka.

(FOTO AFP)

Menteri Kesihatan New South Wales, Brad Hazzard berkata, jangkitan harian berkemungkinan meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat hingga enam minggu akan datang.

Lebih dua juta daripada lapan juta penduduk di Sydney layak menerima dos penggalak, namun mereka masih belum mendapatkan suntikan tersebut. -AFP

Media Baharu