fb fb fb fb fb

Texas saman Google salur maklumat peribadi pengguna tanpa kebenaran

(FOTO FAIL REUTERS)

SAN FRANCISCO, 21 Oktober- Texas memfailkan saman terhadap Google pada Khamis, menuduh firma gergasi internet itu mengambil keuntungan daripada data biometrik individu tanpa kebenaran mereka.

Namun syarikat yang berpangkalan di California itu menolak dakwaan berkenaan.

Saman tersebut menuduh Google mengumpul berjuta-juta maklumat lengkap daripada sistem pengecaman biometrik seperti suara "Voice Match" dan muka "Face Match" daripada pengguna di Texas yang melanggar undang-undang negeri di Amerika Syarikat itu.

Google meraih keuntungan daripada penyaluran maklumat berkenaan.

Menurut Peguam Negara, Ken Paxton pengumpulan maklumat peribadi oleh Google termasuk maklumat yang sensitif daripada pengecaman biometrik, merupakan sesuatu yang tidak boleh dikompromi.

"Pengumpulan maklumat peribadi Google tanpa pandang bulu, termasuk maklumat yang sangat sensitif seperti pengecam biometrik, tidak akan diterima," kata Paxton dalam satu kenyataan.-AFP

(FOTO FAIL REUTERS)

Media Baharu