fb fb fb fb fb

Tentera K.Selatan jalani latihan pengisian bahan api di udara

(Foto Reuters)

KOREA SELATAN, 13 April- Tentera udara Korea Selatan pada Rabu, mengadakan sesi latihan pengisian bahan api di udara.

Latihan itu dilakukan di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di semenanjung Korea, kata seorang pegawai.

Menerusi rakaman video dikeluarkan tentera udara, sebuah kapal tangki udara KC-330 mengisi minyak jet pejuang di udara semasa terbang pada kelajuan 530 kilometer (km) sejam.

Kapal tangki udara tersebut boleh mengisi sehingga 15 jet pejuang F-35A setiap kali, dan membolehkan jet terbang selama satu jam tambahan.

Dalam pada itu, Korea Utara telah bertindak balas terhadap siri latihan ketenteraan bersama antara Korea Selatan dan sekutunya baru-baru ini.

Pyongyang meningkatkan ujian senjatanya dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan terbaharu pada Khamis melancarkan apa yang mungkin model baharu peluru berpandu balistik.-REUTERS

(Sesi latihan pengisian bahan api di udara yang
dilakukan tentera udara Korea Selatan/Foto Reuters)

Media Baharu