fb fb fb fb fb

Pihak berkuasa Ecuador tahan 3 lelaki terlibat insiden tembak

QUITO, 13 April- Pihak berkuasa Ecuador menahan tiga orang lelaki berhubung insiden tembakan berkaitan kumpulan yang menyebabkan sembilan maut di bandar pantai utara Esmeraldas, kata Presiden Guillermo Lasso.

Kira-kira 30 lelaki bermotosikal dan bot melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang ramai di pelabuhan nelayan di bandar itu pada Selasa.

"Terdapat tiga orang dalam tahanan dari kumpulan Los Tiguerones, dengan petunjuk kukuh bahawa mereka terlibat dalam serangan itu," kata Lasso di Twitter.

Kira-kira 2,000 anggota tentera dikerahkan di bandar itu dan 75 serbuan dilakukan untuk mencari pelaku.

Kumpulan dan pengedar telah bersaing untuk mengawal perdagangan yang menguntungkan di Esmeraldas.

Lokasinya di pantai Pasifik berfungsi sebagai koridor untuk pengedaran dadah ke Eropah dan Amerika Syarikat.

(Guillermo Lasso / FOTO AFP)

Ecuador diapit antara Colombia dan Peru, dua pengeluar kokain terbesar dunia dan telah menjadi hab perdagangan dadah global sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tahun lepas, Ecuador merampas lebih 200 tan dadah ketika cuba dibawa ke pelabuhan Eropah.

Menurut angka rasmi pihak berkuasa, kadar kematian negara akibat dadah antara 2021 dan 2022 hampir dua kali ganda, daripada 14 kepada 25 pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk. -AFP

Media Baharu