fb fb fb fb fb

Tentera Taiwan guna tren MRT untuk latihan perang di bandar

Tentera Taiwan/Foto AFP

TAIPEI, 14 Julai - Tentera Taiwan mengadakan latihan menggunakan tren bawah tanah Taipei (MRT) untuk menguji cara menghantar anggota tentera dan bekalan jika berlaku perang di kawasan bandar.

Latihan tersebut merupakan sebahagian daripada Latihan Han Kuang iaitu latihan ketenteraan tahunan terbesar negara itu yang berlangsung serentak dengan latihan pertahanan awam dari 9 hingga 18 Julai, bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan. -AFP

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN