BEIJING, 14 Julai - Rundingan tarif antara Amerika Syarikat dan China adalah hasil yang“sukar dicapai.
Pegawai Kastam China, Wang Lingjun menyuarakan harapan agar Washington terus bekerjasama dengan Beijing ke arah matlamat yang sama.
Kenyataan Wang dibuat ketika data rasmi menunjukkan eksport China meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada bulan Jun, selepas kedua-dua negara bersetuju secara sementara untuk mengurangkan tarif yang dikenakan ke atas satu sama lain. -AFP