JAKARTA, 14 Julai - Satu gempa bumi 6.7 skala ritcher melanda perairan timur Indonesia, namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku pada pukul 12:49 tengah hari waktu Indonesia, dengan pusat gempa terletak pada kedalaman 66 kilometer iaitu kira-kira 177 kilometer di barat kota Tual di wilayah Maluku timur.
Setakat ini, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Indonesia kerap dilanda gempa kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik yang aktif secara geologi. -AFP