fb fb fb fb fb

Perdagangan EU-Amerika akan terjejas jika kadar tarif 30 peratus dikekalkan.

Pesuruhjaya Perdagangan, Kesatuan Eropah, Maros Sefcovic/Foto Reuters

BRUSSELS, 14 Julai - Pesuruhjaya Perdagangan, Kesatuan Eropah (EU), Maros Sefcovic menegaskan jika Amerika Syarikat mengekalkan tarif 30 peratus atau lebih ke atas kesatuan tersebut akan menjejaskan perdagangan antara kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, Sefcovic mendedahkan perbincangan antara EU dan Amerika kini berada fasa yang positif.

"Perjanjian kedua-dua belah pihak kini semakin hampir," kata Sefcovic sebelum bertemu dengan Menteri Perdagangan EU, di Brussels.

Beliau menambah EU ketika ini memberi kerjasama dengan sebaiknya, untuk mencari penyelesaian.

"30 peratus atau apa-apa yang melebihi 30 peratus, ia akan memberi kesan yang lebih kurang sama dan secara praktikal akan menjejaskan perdagangan.

''Jika tarif tersebut dikekalkan, adalah mustahil untuk meneruskan perdagangan dan perkara tersebut akan memberi kesan kepada rantaian transatlantik,'' katanya.-REUTERS

ASHRIQ FAHMY AHMAD