fb fb fb fb fb

Serangan udara Rusia sasar infrastruktur ketenteraan Ukraine

Rusia terus serang Ukraine/Foto Fail

RUSIA, 14 Julai - Tentera Rusia terus melancarkan serangan udara ke atas kemudahan ketenteraan dan perindustrian Ukraine.

Ukraine melaporkan serangan tertumpu di arah Pokrovsk.

Menurut taklimat harian Kementerian Pertahanan Rusia, tenteranya telah mengambil alih kawalan dua penempatan di wilayah Donetsk sambil menyasarkan kemudahan industri pertahanan Ukraine, pusat latihan pengendali dron serta lokasi penempatan sementara.

Kementerian itu turut melaporkan, dua pelancar peluru berpandu Patriot dan sebuah stesen radar telah dimusnahkan dan berjaya memintas sembilan bom udara serta 215 dron.

Sementara itu, Turus Agung Ukraine mengesahkan pertempuran sengit sedang berlaku di seluruh garisan hadapan, dengan 97 pertempuran direkodkan setakat petang Ahad, namun mendakwa berjaya mematahkan beberapa serangan tersebut.

Pokrovsk kekal sebagai zon konflik paling aktif. -REUTERS

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN