fb fb fb fb fb

Tesla pertimbang pelaburan dalam xAI

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk/Foto AFP

NEW YORK, 14 Julai - Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk mengumumkan bahawa pemegang saham Tesla akan diberi peluang untuk mengundi cadangan pelaburan dalam syarikat kecerdasan buatan miliknya, xAI.

Musk, yang turut memiliki SpaceX dan platform sosial X, menyatakan, beliau menyokong langkah tersebut namun keputusan akhir terletak kepada lembaga pengarah dan pemegang saham.

“Saya sudah lama mahu Tesla melabur dalam xAI,” kata Musk di X.

Sementara itu, Wall Street Journal melaporkan bahawa SpaceX akan melabur AS$2 bilion dalam xAI sebagai sebahagian daripada kutipan dana AS$5 bilion.

Dilancarkan pada Julai 2023, xAI kini sedang bersaing dengan peneraju AI seperti OpenAI, Anthropic dan Google.-AFP

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI