MOSCOW, 21 Februari- Rusia dan Belarus akan melanjutkan latihan ketenteraan bersama yang sepatutnya berakhir semalam.
Menteri Pertahanan Belarus, Victor Khrenin berkata langkah itu dibuat apabila kelihatan pada imej satelit yang menunjukkan penempatan baharu aktiviti ketenteraan berhampiran sempadan Ukraine.
Imej satelit dikeluarkan, Maxar Technologies berpusat di Amerika Syarikat (AS) melaporkan beberapa penempatan baharu unit tentera dikenal pasti seperti di kawasan hutan, ladang dan kawasan perindustrian yang terletak sekurang-kurangnya 15 kilometer (9 batu) dari sempadan Ukraine.
"Baru-baru ini, kebanyakan penempatan unit ketenteraan dilihat berada berhampiran garison atau pangkalan tentera dan kawasan latihan sedia ada,' kata syarikat milik AS itu melalui kenyataan.
Sebelum ini, Rusia dan Belarus mengadakan latihan ketenteraan bersama digelar 'Union Resolve 22' bermula 10 Februari sehingga 20 Februari yang memfokuskan latihan untuk menangkis serangan di kawasan sempadan di selatan negara berkenaan. -Reuters