GAZA, 17 Disember- Tentera Israel membunuh lima rakyat Palestin di sebuah kem pelarian di Tebing Barat menerusi serangan udara, kata kementerian kesihatan Palestin.
Angka kematian akibat serbuan di kem Nur Shams di bandar Tulkarem Tebing Barat meningkat kepada lima orang selepas pengumuman kematian dua lelaki berusia 19 dan 21 tahun di hospital, kata kementerian itu.
Operasi Israel di kem bermula pada waktu malam, menurut saksi.
Pengarah hospital Thabet Thabet, Amin Khader, memberitahu AFP bahawa "lima orang tiba di hospital dengan luka, termasuk seorang cedera di kepala".
Jurucakap tentera Israel berkata serangan udara menyasarkan Hamas.
Keganasan di Tebing Barat meningkat sejak permulaan perang Israel dengan Hamas di Gaza.
Lebih 290 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera aIsrael di Tebing Barat sejak perang meletus pada 7 Oktober, kata pegawai kesihatan.
Israel telah menduduki Tebing Barat sejak perang Arab-Israel 1967.- AFP