fb fb fb fb fb

Tentera China siar rakaman latihan tentera udara dan tentera laut

CHINA, 19 Ogos - Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) pada Sabtu mengeluarkan rakaman latihan ketenteraan yang diadakan di Taiwan.

Video yang dikeluarkan menerusi akaun media sosial PLA menunjukkan jet pejuang China di udara dan kapal perang tentera laut menyertai latihan tempur.

Sebelum ini, tentera China berkata latihan itu adalah "amaran serius" kepada pasukan pemisah.

Kementerian pertahanan Taiwan berkata, bermula pagi Sabtu ia mengesan 42 pesawat China dan lapan kapal terlibat dalam latihan di sekitar pulau itu. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu