fb fb fb fb fb

Kebakaran luar biasa, British Columbia isytihar darurat

KANADA, 19 Ogos - Wilayah British Columbia diisytiharkan darurat selepas kebakaran hutan yang dahsyat terus melanda wilayah itu pada Jumaat.

Asap tebal melitupi ruang udara di West Kelowna.

Orang ramai menyifatkan kebakaran kali ini amat dasyat daripada biasa dan memaksa mereka untuk berpindah.

West Kelowna merupakan sebuah bandar berpenduduk 36,000 orang yang terletak kira-kira 300 kilometer (180 batu) di timur Vancouver.

Kebakaran hutan dan pemindahan turut dilakukan di Kelowna, sebuah bandar dengan populasi penduduk kira-kira 150,000 di Tasik Okanagan.

Lebih daripada 2,400 penduduk telah dipindahkan, kata pegawai, dan beribu-ribu lagi dalam keadaan bersiapsiaga untuk berpindah, jika perlu.

Selain itu, kebakaran hutan yang marak turut berlaku wilayah berhampiran di Northwest Territories. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu