HAWAII, 19 Ogos - Gabenor Hawaii, Josh Green pada Jumaat menyifatkan skala kemusnahan di Maui berikutan kebakaran hutan sebagai "sukar untuk dinyatakan".
Pihaknya menyatakan komitmen untuk menyiasat secara menyeluruh megenai kebakaran itu.
Api merebak laju ditambah dengan tiupan angin hingga 80 batu (130 km) sejam bergerak ke bandar Lahaina telah memusnahkan 2,200 bangunan.
Anggaran kerosakan bernilai $5.5 bilion.
Green yang ditemani isterinya Jaime Kanani Green pada sidang akhbar itu, berkata lebih 2,000 unit rumah telah dipulihkan untuk menempatkan mangsa terjejas akibat kebakaran.
Tambah Green, tindakan akan dikenakan terhadap mereka yang cuba "mengambil kesempatan ke atas mangsa dengan mencuri harta di kawasan yang terjejas". - REUTERS
(Gabenor Hawaii, Josh Green/FOTO REUTERS)