TEHRAN, 4 Jun - Iran tidak akan tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat (AS) untuk membongkar program nuklearnya.
Presiden Iran Masoud Pezeshkian menegaskan Tehran bersedia untuk menolak cadangan AS untuk menamatkan pertikaian nuklear yang sudah berdekad lamanya.
"Menolaknya sebagai "bukan permulaan" yang gagal menangani kepentingan Tehran atau melunakkan pendirian Washington mengenai pengayaan uranium.
"Kami mahukan keamanan dan keselamatan. Kami tidak mencari senjata nuklear. Mereka (AS) yang mendakwa kami mencari senjata nuklear dan pemusnahan besar-besaran, AS yang menakutkan umat Islam dengan senjata atom dan pemusnahan besar-besaran di rantau ini," tegas beliau.
Cadangan AS untuk perjanjian nuklear baharu telah dibentangkan kepada Iran pada Sabtu lepas oleh Menteri Luar Oman Sayyid Badr Albusaidi yang sedang dalam lawatan singkat ke Tehran.
Beliau merupakan pengantara rundingan antara Tehran dan Washington. -REUTERS