fb fb fb fb fb

Lee Jae-myung presiden baharu Korea Selatan

Lee Jae-myung ketika menunggu keputusan akhir pilihan raya presiden di Seoul. Foto AFP

SEOUL, 4 Jun -Lee Jae-myung secara rasmi diisytiharkan sebagai presiden baharu Korea Selatan.

Perkara itu disahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (NEC), Roh Tae-ak.

"Penggal presiden bermula sebaik pemenang disahkan. Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan dengan ini mengisytiharkan Lee Jae-myung daripada Parti Demokrat sebagai presiden yang dipilih," kata Roh.

Majlis angkat sumpah dijangka berlangsung di Bangunan Parlimen, hari ini.

Daripada keseluruhan 44.39 juta pengundi berdaftar di seluruh negara, seramai 35.24 juta atau 79.4% telah mengundi, kadar tertinggi sejak pilihan raya 1997. -AFP

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI