fb fb fb fb fb

Nahas bas, 11 maut di Mexico

Foto REUTERS

MEXICO CITY, 4 Jun - Insiden sebuah bas terbalik di lebuh raya di Mexico, menyebabkan 11 orang maut dan lebih 20 lagi cedera.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kemalangan itu berlaku di bandar Hualahuises, timur laut Nuevo Leon.

"Bas itu dalam perjalanan menuju ke Tampico di negeri Tamaulipas. Penumpang kebanyakannya adalah pelancong dari kawasan itu," kata jabatan perlindungan awam.

Kemalangan jalan raya di Mexico telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, selalunya disebabkan penyelenggaraan kenderaan yang lemah, pemanduan berbahaya dan keletihan.

Februari lalu, perlanggaran antara trak dan bas mengorbankan 38 orang di Campeche. -AFP

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI