fb fb fb fb fb

Tayangan filem 'Barbie' ditangguhkan di Punjab

(Pelakon, Margot Robbie pada tayangan perdana 'Barbie' di London pada 12 Julai 2023)

LAHORE, 22 Julai- Tayangan filem 'Barbie' ditangguhkan di wilayah paling ramai penduduk di Pakistan iaitu Punjab susulan terdapat kandungan yang tidak sesuai.

Setiausaha Lembaga Penapis Filem Punjab, Farrukh Mahmood berkata, filem komedi fantasi yang dibintangi Margot Robbie sebagai 'Barbie' dan Ryan Gosling sebagai 'Ken' itu akan dibenarkan untuk tayangan sebaik proses semakan dan penapisan selesai.

"Akan ada semakan penuh filem tersebut, dan ia akan ditapis di mana difikirkan perlu," katanya.

Bagaimanapun, lembaga itu tidak menjelaskan kandungan mana yang 'boleh ditolak' atau sebab ia ditolak.

'Barbie' ditayangkan di pawagam mulai semalam di ibu negara Islamabad dan wilayah selatan Sindh selepas diberi kebenaran oleh lembaga penapis filem masing-masing.

"Saya telah menanti untuk menonton 'Barbie' selama berbulan-bulan. Tidak masuk akal bahawa filem ini boleh ditayangkan di Karachi atau Islamabad, tetapi tidak di Lahore," kata Nousheen Saad, penduduk di ibu kota Punjab, Lahore kepada AFP.

Di Pakistan, setiap filem harus mendapat keizinan daripada lembaga penapisan filem sebelum ditayangkan kepada umum serta 'dipadamkan' babak atau kandungan yang dianggap melanggar nilai sosial dan budaya negara itu.

(Poster 'Barbie' di sebuah pawagam di Islamabad pada 21 Julai 2023)

Media Baharu