fb fb fb fb fb

Greece bakal melepasi rekod gelombang haba paling lama

(Helikopter tentera terbang melintasi kawasan New Peramos, berhampiran Athens bagi membantu
memadam kebakaran hutan pada 19 Julai 2023/AFP)

ATHENS, 22 Julai- Gelombang haba yang sedang 'mencengkam' Greece ketika ini dijangka menjadi yang terpanjang dalam sejarah negara itu dengan suhu diramalkan boleh melambung melebihi 40 darjah Celsius.

"Menurut data, kita mungkin akan melalui 16 hingga 17 hari gelombang panas yang tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini," kata Kostas Lagouvardos, pengarah penyelidikan di Balai Cerap Negara, memberitahu televisyen ERT.

Selain kepanasan melampau, negara itu turut bergelut dengan puluhan kebakaran hutan, serta orang ramai dinasihatkan untuk kekal berada di dalam rumah supaya tidak terdedah dengan cuaca panas yang boleh mengancam kesihatan.

Greece mentakrifkan gelombang haba apabila suhu mencapai atau melebihi 39 darjah Celsius.

Pada 1987, gelombang haba di negara itu direkodkan sebagai yang terpanjang di Greece dengan suhu terik melanda selama 11 hari berturut-turut. -AFP

(Bendera Greece berkibar ditiup angin semasa kebakaran hutan kira-kira 50 kilometer tenggara
dari Athens pada 17 Julai 2023/AFP)

Media Baharu