fb fb fb fb fb

Taufan Yagi: Lebih 50,000 penduduk di Naypyidaw dipindahkan

Lebih 50,000 penduduk terpaksa dipindahkan kesan daripada Taufan Yagi

NAYPYIDAW, 13 September - 36 penduduk terbunuh selepas Taufan Yagi membadai beberapa perkampung di Naypyidaw pagi tadi.

Kira-kira 50,000 penduduk lagi terpaksa mengharungi banjir untuk berlindung di kawasan selamat.

Perkhidmatan bomba negara itu menjangkakan jumlah korban akan meningkat sebaik kerja mencari dan menyelamat dilaksanakan pada skala besar.

Media tempatan melaporkan, banjir di kawasan sekitar ibu negara telah mengakibatkan bencana tanah runtuh selain memusnahkan menara elektrik, bangunan, jalan raya, jambatan dan kediaman penduduk.

Di wilayah Mandalay, sekumpulan penduduk kampung terpaksa menunggang gajah ke kawasan selamat.

Sehingga kini, jumlah korban akibat Taufan Yagi di empat negara mencecah 280 orang dengan Vietnam merekodkan jumlah tertinggi dengan 233 mangsa. AFP

Trainee2