fb fb fb fb fb

Taufan Wipha: Penduduk pesisir pantai utara Vietnam diarah berpindah

Foto REUTERS

NINH BINH, 22 Julai – Pihak berkuasa tempatan di utara Vietnam menggesa penduduk di kawasan pesisir pantai segera berpindah sebagai langkah berjaga-jaga menjelang ketibaan Taufan Wipha, yang dijangka melanda Wilayah Ninh Binh pada Selasa, menurut ramalan Jabatan Meteorologi Vietnam.

Taufan Wipha adalah ribut keenam yang melanda rantau itu tahun ini dan dijangka membawa hujan lebat serta angin kencang.

Ketika ini, beberapa wilayah seperti Ninh Binh, Quang Ninh dan Hung Yen telah mengambil langkah pencegahan dengan memindahkan penduduk dari kawasan berisiko tinggi serta menghentikan operasi kapal.

“Menurut arahan pihak berkuasa tempatan, kami telah menangguhkan perkhidmatan penginapan dan pelancongan mulai pukul 9:00 pagi sehingga taufan berlalu,” kata seorang pengurus hotel, Nguyen Viet Dung.

“Memandangkan kita tidak tahu sekuat mana taufan ini, semua orang mahu pulang untuk melindungi diri dan harta benda mereka,” ujar seorang pelancong dari Hanoi, Trinh The Manh.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN