fb fb fb fb fb

Taufan Wipha cetus banjir besar, tanah runtuh

Taufan Wipha cetus banjir besar dan tanah runtuh di wilayah Fujian dan Guangxi Zhuang, China. - Foto VIORY

BEIJING, 24 Julai - Taufan Wipha yang melanda China mencetuskan banjir besar dan tanah runtuh serta kerosakan infrastruktur di wilayah Fujian dan Guangxi Zhuang.

Di daerah Xiapu, Fujian, taufan menyebabkan tanah runtuh sepanjang 25 meter menimbuskan beberapa laluan.

Sebagai langkah keselamatan, pihak berkuasa Fujian turut menutup beberapa kawasan yang terjejas runtuhan cerun.

Selain melepaskan air dari sembilan empangan termasuk empangan utama Xixi selepas paras air melebihi tahap keselamatan.

Di bandar Qinzhou, Guangxi, puluhan pokok tumbang akibat ribut dan angin kencang hingga menghalang beberapa jalan utama.

Tindakan pantas juga diambil oleh pasukan penyelenggaraan yang bekerja lebih 24 jam membersihkan runtuhan, mengukuhkan kawasan cerun dan menjalankan pemeriksaan keselamatan di zon berisiko.

Beberapa jalan juga kembali dibuka kepada semua kenderaan pada Selasa selepas kerka-kerja pembersihan selesai.

Walau bagaimanapun, kedua-dua wilayah berkenaan masih berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan hujan lebat dijangka berterusan sehingga hari ini. - VIORY

KHAIRUL AMRI BIN YASIN