fb fb fb fb fb

Taufan Saola akibatkan penerbangan dibatalkan, perniagaan ditutup

HONG KONG, 2 September- Beratus-ratus penerbangan dibatalkan dan hampir 800,000 orang dipindahkan akibat taufan Saola di Hong Kong dan wilayah Guangdong di China selain memaksa penutupan perniagaan, sekolah dan pasaran kewangan.

Pihak berkuasa memberi amaran angin berkelajuan kira-kira 125 mph itu bakal melanda di Guangdong.

Di seluruh Guangdong, 785,155 penduduk telah dipindahkan dari kawasan berisiko tinggi, manakala 13 bandar menangguhkan permulaan penggal persekolahan berikutan cuti musim panas.

Di Hong Kong, lebih 300 individu terkandas di lapangan terbang dengan pembatalan kira-kira 460 penerbangan ketika bandar berpenduduk 7.5 juta orang itu menaikkan amaran taufan ke tahap tertinggi.

"Ia amat menyedihkan bagi saya kerana saya tidak dapat menghadiri majlis anak perempuan saya," kata Ledenila Barizo, 54. Dia yang sepatutnya terbang ke Filipina hanya meluahkan rassa sedihnya kepada pemberita di hadapan meja penerbangan.- REUTERS

(Aliran taufan Saola/Info grafik REUTERS)

Media Baharu