fb fb fb fb fb

India kurangkan cukai ke atas minyak mentah petroleum

INDIA, 2 September- Kerajaan India akan mengurangkan cukai ke atas minyak mentah petroleum kepada 6,700 rupee setiap tan metrik daripada 7,100 rupee bermula hari ini.

Menurut kenyataan kerajaan yang dikeluarkan pada Jumaat, cukai ke atas diesel dinaikkan kepada 6 rupee seliter daripada 5.50 rupee.

Cukai ke atas bahan api penerbangan akan meningkat kepada 4 rupee seliter daripada 2 rupee, manakala levi ke atas petrol akan kekal pada sifar.

Pada Ogos, kerajaan menaikkan cukai ke atas minyak mentah petroleum kepada 7,100 rupee setan daripada 4,250 rupee setan.

India mengenakan cukai ke atas pengeluar minyak mentah pada Julai tahun lalu dan melanjutkan levi ke atas eksport petrol, diesel dan bahan api penerbangan kerana syarikat swasta mahu memperoleh keuntungan daripada pasaran luar negara berbanding menjualnya dalam negara.- REUTERS

(Lori tangki minyak di depoh bahan api Kolkata/REUTERS)

Media Baharu