fb fb fb fb fb

Taufan Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran ke kawasan lain

Kediaman di Palisades musnah dijilat api selepas kebakaran dahsyat melanda Los Angeles/ Reuters

LOS ANGELES, 15 Januari- Seramai 8,500 anggota bomba dari tujuh negeri dan dua negara luar bersiap siaga mengekang dua kebakaran hutan besar yang telah memusnahkan bahagian Los Angeles sejak minggu lalu.

Taufan Santa Ana yang membawa angin kuat dijangka meningkatkan risiko kebakaran ke kawasan kering sekali gus menunjukkan keadaan itu berada pada tahap amat berbahaya. Kebakaran berkenaan telah memusnahkan sebahagian besar kawasan di Washington.

Bagaimanapun usaha untuk memadam kebakaran masih giat dilakukan dan tidak terkecuali beberapa buah pesawat menjatuhkan air ke kawasan terjejas.

Sementara itu pegawai bertugas, bekerja sepanjang masa sejak kebakaran berlaku pada 7 Januari lalu. Perbangan pesawat untuk memadam kebakaran juga terganggu akibat angin kencang.

Kebakaran di Palisades memusnahkan kira-kira 23,713 ekar kawasan, di Eaton pula kira-kira 35 peratus musnah.

California Selatan pula tidak menerima hujan sejak April lalu menambahkan lagi kebarangkalian kawasan berkenaan mudah terbakar berikutan Taufan Santa Ana yang membawa angin kuat serta debu api berterbangan hingga dua batu (tiga kilometer) sebelum kebakaran.

Amaran bahaya dijangka berterusan hingga Rabu selepas tiupan angin memuncak dengan kadar 50 batu sejam, lapor Perkhidmatan Cuaca Negara.

Namun angin lebih lemah daripada jangkaan pada Selasa tetapi diramalkan semakin kuat sekitar pukul 3.00 pagi waktu tempatan pada hari Rabu.

Perkhidmatan Cuaca Negara turut menjangkakan tiupan angin di kawasan pergunungan berkemungkinan mencapai 70 kph.

Gabenor California Gavin Newsom berkata 11 kebakaran baharu berlaku di California Selatan semalam telah dipadamkan dengan cepat, berikutan kesediaan anggota bomba.

Tetapi tiga kebakaran lain masih marak, termasuk di daerah Ventura dan Riverside yang bermula pada Isnin dan Selasa, kata Cal Fire.

Angka kematian kekal pada 24 manakala 12,000 struktur serta bangunan rosak atau musnah aibat kebakaran dahsyat itu.

"Ia adalah kemusnahan besar-besaran dan tidak dapat dibayangkan. Seperti yang anda boleh lihat menerusi siaran televisyen, itulah keadaan sebenar di Los Angeles," kata Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan udara.

Beberapa ribu penduduk dibenarkan pulang daripada 88,000 yang masih berada bawah arahan pemindahan. Perpindahan berskala besar itu tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah kawasan metropolitan.

John Adolph, 48, kehilangan rumahnya di Altadena akibat kebakaran di Eaton. "Saya bersyukur kerana selamat tetapi tidak pasti apa yang akan berlaku selepas ini."

Adolph berkata dia kembali untuk melihat apa yang boleh diselamatkan berikutan api masih marak di kawasan itu.

"Kedai runcit masih terbakar, stesen minyak, kereta meletup diikuti puting beliung api. Mungkin ramai beranggapan tindakan saya ini tidak masuk akal, tetapi saya cuba untuk menyelamatkan apa yang boleh diselamatkan," kata Adolph.- Reuters

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI