BAITULMAQDIS, 15 Januari- Rakyat Gaza menantikan kejayaan rundingan gencatan senjata yang telah lama diusulkan. Manakala penduduk Palestin yang diarah berpindah amat mengharapkan peluang untuk pulang ke kawasan masing-masing.
Beberapa pegawai dari negara pengantara yang terlibat dalam rundingan menyatakan perjanjian gencatan senjata berada di peringkat akhir.
Sebelum ini usaha berkenaan tergendala berikutan tidak mencapai kata sepakat untuk rundingan gencatan senjata ke atas Gaza.
Perang di Gaza tercetus pada pada 7 Oktober 2023 akibat serangan Israel.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan berkenaan telah membunuh 46, 645 penduduk, majoritinya orang awam.
Serangan ketenteraan oleh rejim Zionis mengakibatkan sebahagian besar Gaza musnah, serta menyebabkan kebanyakan penduduk kehilangan tempat tinggal dalam tempoh lebih 15 bulan peperangan.- AFP