fb fb fb fb fb

Taufan Idalia landa Pantai Teluk Florida

FLORIDA, 31 Ogos - Taufan Idalia melanda Pantai Teluk Florida dengan tiupan angin kencang, hujan lebat dan ombak deras.

Kemudiannya ia menjadi lemah dan bergerak ke tenggara Georgia.

Beberapa jam selepas Idalia melanda kawasan itu pihak berkuasa mula menilai tahap kerosakan di kawasan yang paling teruk dilanda taufan itu.

Kerugian harta benda yang diinsuranskan di Florida diunjurkan berjumlah $9.36 bilion, kata bank pelaburan UBS dengan menyatakan itu adalah anggaran awal. REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu