fb fb fb fb fb

Taufan Eunice di Eropah ragut 9 nyawa

LONDON, 20 Februari - Sekurangnya-kurangnya sembilan orang maut setelah taufan Eunice melanda utara Eropah dan menyebabkan perkhidmatan pengangkutan udara, air dan darat tergendala.

Kota London dilaporkan lengang selepas amaran cuaca peringkat tertinggi iaitu peringkat merah dikeluarkan buat kali pertama dalam sejarah.

FOTO REUTERS

Menurut polis, seorang wanita berusia 30-an maut selepas kereta yang dinaikinya dihempap pokok.

Sementara itu polis Merseyside mengesahkan, seorang lelaki 50-an mati setelah cermin kereta yang dia naiki dirempuh serpihan batu.

Kematian disebabkan insiden hampir serupa juga dilaporkan di luar Britain.

Di Belanda, tiga kes dilaporkan termasuk kejadian kereta merempuh pokok tumbang.

Kanada, Belgium dan Jerman masing-masing merekodkan satu kematian.

Hujan lebat dan ombak besar turut dilaporkan termasuk di perairan Perancis.

Selain itu, lebih 140,000 rumah di England dan 80,000 kediaman di Ireland terputus bekalan elektrik manakala banyak sekolah diarahkan.

Terdahulu Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengarahkan pihak tentera diletak dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Semua pihak perlu mengikuti arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah berjaga-jaga," katanya menerusi hantaran Twitter.

 

Media Baharu