fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di Karatsu, 6 dikhuatiri maut

(FOTO AFP)

KARATSU, 11 Julai - Enam orang dikhuatiri maut dalam kejadian hujan lebat yang melanda barat daya Jepun minggu ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan.

Kawasan Kyushu menerima jumlah hujan tinggi hingga Isnin, menyebabkan air sungai melimpah dan menyebabkan tanah runtuh.

Sekurang-kurangnya tiga orang disahkan maut dalam kejadian itu, kata jurucakap kerajaan Hirokazu Matsuno, sambil menambah pegawainya sedang menyiasat sama ada tiga lagi kematian ada kaitan dengan bencana itu.

Tiga orang masih hilang dan dua dilaporkan cedera ringan, tambahnya.

"Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang meninggal dunia, dan rasa simpati yang mendalam terhadap mereka yang terjejas akibat bencana itu," kata Matsuno.

Beberapa kawasan terpencil masih terputus hubungan, namun mereka dilaporkan selamat.

Sistem pengangkutan juga masih terganggu setakat hari ini, dengan beberapa perkhidmatan kereta api berhenti dan lebuh raya disekat, dan 1,400 rumah terputus bekalan elektrik.

(FOTO REUTERS)

Di Karatsu wilayah Saga, anggota tentera Jepun menggali tanah dan serpihan di kawasan kediaman yang ditinggalkan akibat tanah runtuh.

Amaran hujan lebat yang dikeluarkan, memaksa notis pemindahan untuk ratusan ribu orang, dikeluarkan.

Jepun kini berada dalam musim hujan tahunannya, meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh.

Pada 2021, bandar peranginan tengah Atami dilanda kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 27 orang.

Dan pada 2018, banjir dan tanah runtuh mengorbankan lebih 200 orang di barat Jepun semasa musim hujan.- AFP

Media Baharu