fb fb fb fb fb

Pesawat ringan terhempas di lapangan terbang Long Beach

CALIFORNIA, 11 Julai - Sebuah pesawat ringan terhempas ke bumbung hangar di lapangan terbang Long Beach, semalam.

Selepas hentaman, Cessna itu tersangkut di atas bumbung sebuah hangar.

Juruterbangnya satu-satunya individu di dalam pesawat dilaporkan selamat, hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut anggota bomba, berikutan nahas itu 45 gelen bahan api bocor dari pesawat itu.

Punca sebenar kemalangan sedang dalam siasatan. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu