fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di California, penduduk diarah pindah

CALIFORNIA, 10 Julai - Lebih banyak kediaman di Rolling Hills Estates akan terjejas selepas kejadian tanah runtuh yang memusnahkan 12 buah rumah di kawasan itu, pada 8 Julai lalu.

Keretakan dan pergerakan tanah dari tempat kejadian masih berlaku dan dibimbangi insiden akan belaku lagi; memaksa lebih ramai untuk berpindah.

Sekurang-kurangnya 16 penduduk telah dipindahkan. Mereka diberi masa kira-kira 20 minit untuk mengambil beberapa barang dan meninggalkan kediaman.

Kawasan terbabit ditutup bagi membolehkan pegawai menyiasat punca kejadian.

Seorang pegawai mengandaikan bahawa ia mungkin disebabkan air yang menyejat di dalam tanah.

Penyelia Daerah L.A. Janice Hahn menerusi tweetnya berkata "pergerakan ketara semalaman" memusnahkan rumah.

Hahn berkata kawasan kejiranan itu mula dibina pada 1978 dan selamat sehingga hujung minggu ini.

"Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini dalam kerjaya saya," kata Hahn. Saya tidak akan pernah menyangka bahawa rumah-rumah yang masih utuh ini, anda tahu, petang semalam dan hari ini anda boleh mendengar bunyi berderit, retak, runtuh danĀ ia akan runtuh."- REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu