fb fb fb fb fb

Seorang maut dalam kejadian hujan lebat di Jepun

KURUME, 10 Julai - Hujan lebat melanda wilayah Fukuoka mengorbankan sekurang-kurangnya satu nyawa, tiga lagi hilang.

Mangsa, wanita warga emas berusia 70-an maut apabila rumahnya musnah akibat tanah runtuh.

Puluhan ribu penduduk diarah meninggalkan kediaman masing-masing.

Kementerian tanah mengesahkan hujan lebat menyebabkan banjir lumpur selepas lapan sungai dilimpahi air.

Wilayah itu menerima lebih 500 mm hujan sejak Jumaat , dengan tambahan 200 mm dijangka turun sehingga awal pagi pada Selasa 9 (esok), menurut Agensi Meteorologi Jepun. - REUTERS

(FOTO REUTERS)

Media Baharu