fb fb fb fb fb

Biden tiba di UK, Adakan pertemuan dengan Sunak dan Raja Charles III

(FOTO AFP)

LONDON, 10 Julai - Presiden Joe Biden tiba di Britain pada Ahad sebagai sebahagian daripada acara lawatan ke tiga negara; United Kingdom, Lithuania dan Finland bermula 9 hingga 13 Julai.

Hari ini, Biden akan bertemu Raja Charles III di Istana Windsor, buat kali pertama sejak pertabalan Charles III.

Perbincangan dijangka tertumpu kepada isu alam sekitar.

Beliau kemudian akan bertemu Sunak di 10 Downing Street bagi mengukuhkan lagi hubungan erat kedua-dua negara.

Kemuncak lawatan Biden ke Eropah ialah sidang kemuncak NATO di Vilnius, ibu negara Lithuania pada Selasa dan Rabu, di mana sekutu Barat akan membincangkan penyingkiran tentera Rusia di Ukraine.

Antara pemimpin lain dijangka hadir Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Canselor Jerman Olaf Scholz, Presiden Perancis Emmanuel Macron, dan Sunak.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy juga akan hadir untuk memohon keanggotaan NATO dan sokongan Amerika Syarikat.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu