BANGKOK, 10 Julai - Pemimpin Parti Move Forward menegaskan beliau tidak akan berundur untuk menjadi Perdana Menteri Thailand.
Pita Limjaroenrat menegaskan pendiriannya itu di hadapan penyokongnya di Bangkok pada Ahad.
Dewan Parlimen dan Dewan Senat Thailand akan memilih Perdana Menteri Khamis ini.
Parti Move Forward muncul sebagai pemenang terbesar dalam Pilihan Raya Umum pada 14 Mei lalu dengan menjalinkan kerjasama dengan tujuh parti lain
Namun masih tidak cukup untuk menjamin kedudukan Pita untuk menjadi Perdana Menteri Thailand.
Perikatan itu menguasai 312 kerusi parlimen.
Pita perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 376 anggota parlimen dan senator bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri.
Pencalonan Pita dijangka mendapat tentangan hebat di Dewan Senat 250 anggota, yang dilantik kerajaan tentera lalu.
Ini memandangkan Move Forward merancang bagi merombak undang-undang menghina raja dan menentang monopoli perniagaan.-REUTERS
(Calon Perdana Menteri Thailand, Pita Limjaroenrat/FOTO REUTERS)