fb fb fb fb fb

Jepun beri amaran 'hujan paling lebat' di barat daya

KURUME, 10 Julai- Seorang terbunuh dan ratusan ribu penduduk digesa berpindah dari kediaman mereka di barat daya Jepun pada Isnin, ketika peramal memberi amaran tentang "hujan paling lebat pernah berlaku" di rantau itu.

Hujan lebat selepas seminggu itu menyebabkan tebing sungai pecah dan kejadian tanah runtuh yang membawa maut, termasuk yang mengorbankan seorang wanita berusia 77 tahun.

Rumah wanita itu diselubungi semalaman di wilayah Saga,

Menurut jabatan bomba tempatan kepada AFP, rumah wanita di wilayah Saga itu tertimbun. Ketika kejadian, suaminya dalam keadaan sedar dan dibawa ke hospital.

Seorang wanita kedua dikhuatiri maut selepas kali terakhir dilihat berpaut pada kereta dalam air banjir di wilayah jiran Oita, kata pegawai di sana.

Sekurang-kurangnya sembilan orang lain hilang dalam kejadian tanah runtuh di wilayah Fukuoka dan Oita. Lebih 420,000 penduduk berada bawah amaran pemindahan peringkat tertinggi dan menyatakan "Nyawa anda dalam bahaya, anda perlu mengambil tindakan segera."

Hampir dua juta lagi di Fukuoka, Hiroshima, Saga, Yamaguchi dan Oita berada bawah amaran peringkat rendah namun menggesa mereka berpindah jika mereka berada di kawasan berbahaya.

Jepun mempunyai lima peringkat perintah pemindahan, tetapi orang ramai tidak boleh dipaksa meninggalkan rumah mereka.

Agensi Meteorologi Jepun berkata hujan lebat itu berisiko banjir dan tanah runtuh di seluruh Fukuoka dan Oita.

"Ini adalah hujan paling lebat pernah dialami" oleh wilayah itu, kata Satoshi Sugimoto kepada pemberita.

"Keadaan sedemikian menyebabkan nyawa berada dalam bahaya," tambahnya.- AFP

(Serpihan akibat banjir terletak di jalan raya diĀ bandar Kurume/AFP)

Media Baharu