fb fb fb fb fb

Taiwan berdepan ancaman pengintipan, rakyat Taiwan jadi ejen China

Askar Taiwan/ AFP

TAIPEI, 21 Mac- Taiwan berdepan ancaman pengintipan semakin serius daripada rakyatnya sendiri yang menjadi ejen China.

Agensi perisikan Taiwan mendakwa, China menggunakan pelbagai taktik untuk menyusup masuk ke dalam sektor ketenteraan dan kerajaan.

Sasaran utama ialah anggota tentera yang sudah bersara dan aktif, dipujuk dengan wang, pemerasan bagi mendapatkan rahsia pertahanan dan menubuhkan kumpulan bersenjata untuk membantu pasukan penceroboh.

Menurut Pakar keselamatan dari Jamestown Foundation, Peter Mattis, skala pengintipan itu luar biasa kerana matlamat akhirnya adalah untuk menguasai Taiwan.

Dalam pada itu, Peguam Negara, Hsing Tai-chao memberitahu, 64 individu didakwa atas kesalahan pengintipan bagi pihak Beijing pada tahun lalu, 48 individu pada 2023 dan 10 orang pada 2022.

"Dalam pelanggaran umum Akta Keselamatan Negara, kadar pendakwaan bagi anggota tentera adalah agak tinggi," katanya.

"Ini tidak bermakna orang biasa tidak melakukan aktiviti yang sama. Perbezaannya ialah tindakan sedemikian mungkin tidak selalunya merupakan kesalahan jenayah bagi orang biasa.

Perisik telah diminta untuk berkongsi rahsia ketenteraan, seperti lokasi pangkalan dan simpanan, atau menubuhkan kumpulan bersenjata.

Agensi perisikan Taiwan mendakwa China telah menggunakan samseng untuk merekrut anggota tentera yang telah bersara bagi menubuhkan pasukan penembak tepat dan merancang misi penembak tepat terhadap unit tentera Taiwan dan kedutaan asing.-AFP

ROSLINA BINTI DIN