fb fb fb fb fb

Tahap pencemaran tinggi di Chiang Mai jejas kemasukan pelancong

(FOTO AFP)

CHIANG MAI, 11 April - Tahap pencemaran tinggi di Chiang Mai utara Thailand menjejaskan kemasukan pelancong serta mencetuskan kebimbangan penduduk tempatan.

Persatuan Hotel Thailand memaklumkan tempahan hotel menurun kepada 45 peratus walaupun Chiang Mai merupakan destinasi pelancongan terkenal di Thailand.

Bandar itu menerima 10.8 juta pelancong ketika waktu pra pandemik.

(Beberapa orang pelancong melihat tahap pencemaran udara
dari puncak kuil Doi Suthep di Chiang Mai / FOTO AFP)

Chiang Mai kini di tangga teratas dalam carta global IQAir mengenai kualiti udara yang buruk, mendahului Lahore dan New Delhi.

Pihak berkuasa menyalahkan kebakaran hutan dan pembakaran tanaman di Thailand dan negara jirannya.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha dilapor sedang berunding dengan Laos dan Myanmar untuk mengurangkan kawasan panas di kawasan sempadan bagi mengekang jerebu rentas sempadan.

Dalam pada itu, Kira-kira 1,700 penduduk Chiang Mai menyaman kerajaan kerana pencemaran udara teruk yang menyelubungi utara Thailand semasa musim menebang dan membakar di ladang.

Mereka mendakwa Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha dan dua pihak berkuasa negeri tidak mengambil tindakan mencukupi untuk mengekang pembakaran itu.

Plaintif termasuk aktivis, ahli akademik dan rakyat yang bimbang mengenai kesihatan mereka.

Kaedah tebas dan bakar menjadi kelaziman di Thailand terutama pada penghujung musim kemarau.

Pihak berkuasa Thailand melarang pembakaran tanaman pada 2019, namun undang-undang itu tidak dipatuhi.

Plaintif menuduh kerajaan tidak menjalankan penguatkuasaan dengan tegas.-REUTERS

Media Baharu