SYRIA, 5 Jun- Kerajaan Syria mengecam serangan Israel terhadap selatan negara itu pada Selasa lalu.
Menteri Luar Syria, Asaad al-Shaibani menyifatkan tindakan tersebut sebagai usaha untuk menggugat kestabilan negara itu.
"Provokasi yang diselaraskan ini bertujuan mengganggu kemajuan dan kestabilan Syria.
"Tindakan itu membuka ruang kepada kumpulan haram (Israel) untuk mengambil kesempatan daripada kekacauan yang berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Damsyik bersama Pesuruhjaya Eropah bagi Mediterranean, Dubravka Suica.
Tambahnya, Syria kini menumpukan perhatian kepada usaha pembangunan semula.
"Syria telah menjelaskan pendiriannya, kami tidak mencari perang, tetapi pembangunan semula,” katanya lagi.
Terdahulu, Israel melancarkan serangan ke atas selatan Syria selepas mendakwa dua peluru berpandu telah dilancarkan ke wilayah Israel. – AFP