fb fb fb fb fb

Sydney isytihar darurat negara akibat banjir

(Penduduk mengemudi bot mengelilingi rumah yang ditenggelami air di sebelah Jambatan Windsor/FOTO AFP)
(Penduduk mengemudi bot mengelilingi rumah yang ditenggelami air di sebelah Jambatan Windsor/FOTO AFP)

(Penduduk mengemudi bot mengelilingi rumah yang ditenggelami air di sebelah Jambatan Windsor/FOTO AFP)

SYDNEY, 9 Mac - Pantai timur Australia akan diisytiharkan sebagai darurat negara akibat terjejas banjir, kata Perdana Menterinya, Scott Morrison pada Rabu.

Pelbagai bantuan dan bekalan akan disalurkan segera ke kawasan paling teruk terjejas.

Morrison juga menjanjikan lebih banyak bantuan sokongan seperti kewangan untuk disumbangkan kepada penduduk dan peniaga yang terjejas akibat hujan selama berminggu-minggu sehingga menenggelamkan luar bandar dan pinggir bandar di Seluruh Sydney.

(Beberapa buah rumah ditenggelami air dalam banjir kerana limpahan dari Sungai Hawkesbury di pinggir bandar Windsor/FOTO AFP)

Pada 2019, Australia pernah mengisytiharkan darurat negara selepas berlakunya kebakaran belukar yang memusnahkan negara itu 3 tahun lalu.

Banjir yang melumpuhkan bandar dan pinggir bandar di Seluruh Sydney dikritik mengenai tindak balas perlahan terhadap bencana itu yang mengakibatkan 20 orang terkorban.

Morrison berkata, kerajaan sudah mengesyorkan kepada gabenor supaya mengisytiharkan banjir sebagai darurat negara.- REUTERS

Media Baharu