fb fb fb fb fb

Gencatan senjata sementara untuk pemindahan bermula di Ukraine

MOSCOW, 9 Mac- Gencatan senjata sementara antara tentera Rusia dan Ukraine bermula pada hari ini bagi membolehkan pelaksanaan proses pemindahan orang awam di lima bandar utama di Ukraine.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, gencatan senjata itu berkuat kuasa di bandar Kiev, Kharkiv, Chernigiv, Sumi dan Mariupol pada pukul 10:00 pagi waktu Moscow (0700GMT).

Delegasi Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan pusingan ketiga di bandar Belarusia Brest pada Isnin yang berakhir dengan perkembangan “agak positif" berhubung isu kemanusiaan, lapor Agensi Anadolu memetik pegawai Ukraine.

(Gambar fail)

Konflik Rusia-Ukraine yang bermula 24 Februari itu telah mencetuskan kecaman antarabangsa membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekurang-kurangnya 474 orang awam terbunuh dan 861 cedera di Ukraine manakala kira-kira 2 juta penduduk telah melarikan diri ke negara jiran.

Media Baharu