fb fb fb fb fb

Australia dakwa wujud penggabungan strategik antara China - Rusia

CANBERRA, 10 Mac- Ketua Risikan Australia mendakwa wujud penggabungan strategik baharu yang membimbangkan antara Moscow dan Beijing.

Andrew Shearer, Ketua Pengarah Pejabat Risikan Kebangsaan berkata Presiden China, Xi Jinping dilihat seperti merancang menguasai rantau Indo-Pasifik dan menggunakannya sebagai pangkalan untuk mengatasi Amerika Syarikat sebagai kuasa utama dunia.

Kenyataan Shearer itu mengukuhkan amaran bahawa serangan Rusia terhadap Ukraine mungkin mencetuskan konflik serantau atau global.

Sejak serangan Rusia terhadap Ukraine yang digelar Moscow sebagai operasi khas, pakar risikan Australia menganggap konflik kuasa utama semakin berkemungkinan berlaku.


(FOTO REUTERS)

"Australia perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan keamanan berasaskan undang-undang seperti diamalkan di Eropah dan wilayah Indo-Pasifik."

"Ancaman geopolitik akan berkisar mengenai teknologi termasuk menggunakan serangan siber," kata Shearer menerusi satu kenyataan.

Susulan itu, Australia mempertingkatkan pertahanan sibernya tanpa menyekat perdagangan dan perkongsian maklumat.

Pegawai Kementerian Luar China memberitahu pemberita beliau tidak dimaklumkan mengenai kenyataan Shearer itu, tetapi menuding ke arah perjanjian tiga penjuru AUKUS yang diumumkan tahun lalu sebagai lebih membimbangkan untuk rantau ini.

Media Baharu