fb fb fb fb fb

Pentagon tuduh Rusia rekrut rakyat Syria dan pemberontak mempertingkat serangan di Ukraine

KIEV, 10 Mac- Pentagon menuduh Rusia merekrut rakyat Syria dan anggota pemberontak dari negara lain untuk pertingkatkan serangan di Ukraine.

Namun, pihak berkuasa Amerika tidak dapat memastikan jumlahnya.

Rusia sebelum ini membantu Syria di bawah pentadbiran Presiden Bashar al-Assad memerangi kumpulan pemberontak, menyaksikan negara itu berperang selama lebih sedekad.

Jabatan Pertahanan Amerika mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin menjalankan misi merekrut untuk membawa masuk kumpulan pemberontak ke Ukraine.


(FOTO REUTERS)

"Rusia berharap kehadiran kumpulan pemberontak itu dapat membantu Moscow menawan Kiev," kata kenyataan itu.

Beberapa sumber mendedahkan sejumlah anggota kumpulan pemberontak Syria sudah berada di Ukraine .

Sebelum ini, Pentagon menyatakan lebih 150,000 tentera Rusia dikerahkan ke Ukraine.

Ukraine juga mendapatkan bantuan dari luar apabila kira-kira 20,000 sukarelawan asing tiba di negara itu untuk membantu tentera Ukraine.

Media Baharu