fb fb fb fb fb

Arab Saudi benarkan solat rapat saf, solat berjemaah berkapasiti penuh

RIYADH, 10 Mac- Jemaah umrah kini dibenarkan menunaikan solat rapat saf di Masjidilharam selepas pihak berkuasa Arab Saudi menarik balik sekatan COVID-19 di negara itu.

Persiapan lain turut dilakukan menjelang bulan Ramadan dijangka beberapa pelan operasi akan ditetapkan dalam masa terdekat.

Pentadbiran Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi mengaktifkan semula pelan operasi bagi membolehkan solat berjemaah dengan kapasiti penuh.

"Pelan baharu bertujuan menambah baik perkhidmatan kepada jemaah umrah serta pengunjung ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi."

"Pelan itu akan diumumkan 21 Mac ini dalam satu sidang akhbar bagi memperincikan butiran lanjut," kata kenyataan itu.

Semua prosedur dan perkhidmatan yang digantung ketika pandemik COVID-19, kini kembali dilaksanakan seperti biasa.

Ia termasuk membatalkan penjarakan sosial antara jemaah.


(FOTO AFP)

Selain itu, bekas air zamzam akan diletakkan semula di seluruh kawasan Majidilharam.

Bagaimanapun, para jemaah masih perlu memakai pelitup muka.

Sementara itu, tempahan untuk menunaikan umrah atau ziarah di Masjidilharam di Arab Saudi untuk bulan Ramadan semakin meningkat.

"Permintaan untuk ibadah itu sangat tinggi dalam 13 hari pertama bulan berkenaan yang dijangka pada 2 April tahun ini," lapor Gulf News.

Tempahan yang dibuat pada aplikasi Eatmarna juga menunjukkan permintaan tinggi untuk umrah pada setiap Jumaat Ramadan.

Manakala hari ke-30 bulan itu sudah ditempah penuh.

Media Baharu