fb fb fb fb fb

Menteri Luar Rusia dan Ukraine adakan rundingan bersemuka yang pertama

(FOTO AFP)

ANTALYA, 10 Mac - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dan rakan sejawatannya dari Ukraine, Dmytro Kuleba dijadual mengadakan rundingan bersemuka di Turki hari ini.

Ia pertemuan peringkat tinggi pertama antara Kiev dengan Moscow sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran terhadap negara jirannya itu dua minggu lalu.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang menawarkan diri menjadi pengantara rundingan Ukraine-Rusia berharap, kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan gencatan senjata.

(Gambar fail)

Terdahulu, Kuleba menerusi hantaran video di Facebook mengesahkan sedang bersiap sedia untuk bertemu Lavrov.

Beliau tidak meletakkan sebarang harapan besar, tetapi akan cuba memanfaatkan pertemuan itu sepenuhnya. - AFP

Media Baharu