fb fb fb fb fb

Syarikat gergasi cip TSMC berhasrat terus kekal di Taiwan

TAIWAN, 28 Julai- Syarikat gergasi pengeluarann cip Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) berhasrat untuk "terus kekal di Taiwan" ketika ia melancarkan kemudahan besar-besaran di utara pulau itu pada Jumaat. Syarikat itu membangunkan cip mikro paling canggih di dunia.

TSMC mengawal lebih separuh daripada keluaran cip mikro dunia, yang merupakan nadi ekonomi global moden termasuk telefon pintar, kereta dan peluru berpandu.

Kebanyakan kemudahan penyelidikan dan pembangunan baharu TSMC berada di bandar utara Hsinchu. Kemudahan tercanggihnya menghasilkan wafer silikon yang lebih kecil dan menarik minat industri disebabkan teknologi berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Pada pelancaran kemudahan penyeldikan dan pembangunan (R&D) pada Jumaat, pengerusi Mark Liu berkata pusat itu akan "membangunkan teknologi terkemuka dunia dalam industri semikonduktor dengan lebih aktif untuk meneroka teknologi dua nanometer dan 1.4 nanometer, malah lebih kecil".

Syarikat itu memulakan pengeluaran besar-besaran cip 1.4 nanometer iaitu lebih kecil daripada kuku. Ia mendahului pesaingnya Samsung, yang kini pengeluar cip kedua terbesar di dunia.

Pengeluaran itu telah melangkaui Taiwan dan menimbulkan kebimbangan kuasa Barat mengenai industri penting yang berpusat di pulau itu.

Tetapi CEO C.C. Wei berkata, TSMC berhasrat untuk terus mengekalkan kehebatan teknologinya di Taiwan.

"Kami mahu menggunakan peluang ini untuk menunjukkan kepada rakyat Taiwan dan keazaman TSMC untuk terus kekal di Taiwan," kata Wei semasa perasmian itu, yang dihadiri Perdana Menteri Taiwan serta pengasas TSMC Morris Chang.- AFP

(C. C. Wei bercakap semasa pelancaran kemudahan R&D di Hsinchu/AFP)

Media Baharu