fb fb fb fb fb

Switzerland umum pembelian vaksin cacar monyet

(Seorang wanita memegang botol berlabel "vaksin monkeypox"/REUTERS)

GENEVA, 25 Ogos- Switzerland yang sehingga kini tidak mempunyai akses kepada vaksin cacar monyet, akan membeli sejumlah 100,000 dos, termasuk 40,000 suntikan bagi mengekang wabak.

Keputusan pemerolehan dibuat selepas kumpulan LGBTQ dan lain-lain dalam beberapa minggu kebelakangan ini mengkritik tindak balas Switzerland yang perlahan setelah cacar monyet pada Mei mula merebak dengan pantas, jauh melangkaui negara-negara Afrika Barat dan Tengah, lokasi ia biasanya ditemukan.

Setakat ini, lebih 400 kes positif telah didaftarkan di Switzerland.

Kerajaan Switzerland menerusi satu kenyataan mengumumkan bahawa ia akan membeli dos vaksin daripada Bavarian Nordic, pembuat Denmark satu-satunya vaksin yang dibenarkan untuk digunakan terhadap cacar monyet.

Di samping itu, witzerland akan memperoleh ubat antivirus, tecovirimat keluaran syarikat farmaseutikal AS SIGA Technologies.


(Switzerland umum pembelian vaksin cacar monyet/Foto fail)

Sebanyak 40,000 dos vaksin cukup untuk menyediakan dua dos yang diperlukan kepada 20,000 individu yang pihak berkuasa jangkakan bakal mendapatkan vaksinasi dan 500 unit antiviral akan disediakan kepada orang ramai sebaik sahaja pembelian selesai.

Jumlah kos untuk vaksin, ubat antivirus dan pengedaran akan mencapai kira-kira 8.6 juta franc Swiss ($8.9 juta), kata kenyataan itu.

Kenyataan itu bagaimanapun memaklumkan, tarikh penghantaran belum ditentukan. -AFP

 

Media Baharu